Gelagat pengacara ‘Wanita Hari Ini’, Fiza Sabjahan dan rakan setugasnya, Fatin Hamimah yang senang terhibur ternyata membuat para penonton turut geli hati.
Ketawa nak sertai kumpulan marhaban
@whitv3malaysia_official Replying to @nurwateeqa kembali dalam ketawa sampai diam ?? @Fiza Sabjahan @fatinmims #whitv3 #tv3malaysia #lawak
Di TikTok, viral video yang memaparkan duo itu sedang mengendalikan segmen yang memaparkan majlis akikah. Segmen itu turut dihadiri kumpulan marhaban yang sedang mengalunkan selawat. Sebelum berakhir program tersebut, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty sempat berkata kepada Fatin bahawa dia akan menyertai kumpulan tersebut pada masa akan datang.
10, 15 tahun lagi kita sama-sama dalam kumpulan marhaban ini nanti.
Susulan kenyataan tersebut, kedua-dua hos berkenaan dilihat ketawa di hadapan kamera. Ujar Fiza, Fatin mentertawakan dirinya yang akan ikut serta dalam aktiviti kumpulan wanita berkenaan.
Di ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat Fiza dan Fatin. Menurut netizen mereka berdua ‘sekepala’ dan berjaya membuatkan penonton terhibur.
Sumber: TV3