
Pelakon Pablo Amirul tampil bersuara susulan permohonan maaf yang dibuat pempengaruh media sosial, Aisar Khaled berhubung video tular memaparkan seorang pembantu rumah dipukul majikannya.
Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Nafi Pernah Singgah Kedai Air Buah Kakak Viral – ‘Kalau Ada Gambar, Saya Cabar Buktikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terharu Lihat Guru Mengaji Berjalan Kaki, Aisar Khaled Taja Umrah & Hadiah Motor
Banyak buat masalah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 41, menyifatkan pempengaruh berusia 25 tahun itu sebagai individu yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi.
Menurut Pablo, seseorang perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak mungkin dapat ditarik semula.
Sudah terlambat. Keterlaluan, kamu buat banyak masalah.
Jangan ingat bila berduit bagus dalam segala hal. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…
Dalam pada itu, Pablo mengakui bosan dengan permohonan maaf yang berulang kali dibuat Aisar sehingga mempersoalkan status kewarganegaraan pempengaruh berkenaan.
Bosan selalu minta maaf bila buat salah.
Orang Malaysia ke orang Indonesia awak ini? Nak sangat market, tukar kad pengenalan dan pasport.
Terdahulu, Aisar memuat naik sebuah video ulasan mengenai kes pembantu rumah dan majikan di Johor yang didakwa memberi gambaran negatif terhadap sisi rakyat Malaysia.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang menganggap Aisar tidak meneliti isu tersebut dengan lebih mendalam.
Sumber: Threads @pabloamirul








