Penyanyi dan cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian ramai selepas berkongsi mengenai kriteria wanita pilihan hatinya.

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Kongsi Tips Bercerai, Elak Buka Aib Di Media Sosial – ‘Kalau Tak Nak Orang Masuk, Jangan Buka Pintu Pagar’

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Perlu Jadi Penyokong Isteri Atau Suami, Masing-Masing Tetap Tutup Aib Sendiri’ – Fazley Yaakob

Ciri wanita idaman

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, pemilik nama Ahmad Fazley Yaakob, 47, menjawab pertanyaan ramai yang ingin mengetahui mengapa dia memilih untuk janji temu dengan wanita yang mempunyai rupa paras seperti gadis berketurunan Cina.

Sejujurnya? (Jangan marah ya), saya suka perempuan yang berkulit cerah dan berisi sedikit. Kurus sangat tak ada apa nak peluk.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, selain rupa paras, kebersihan fizikal turut menjadi keutamaannya.

Dan ketiak bersih tu penting.

Terdahulu, Fazley memuat naik hantaran mencari gadis berketurunan Cina atau yang mempunyai rupa paras sedemikian untuk keluar temu janji.

Perkongsian tersebut menyorot perhatian orang ramai yang bertanyakan mengapa dia menetapkan kriteria ‘Chinese look’ dalam pilihannya itu.

Pada Oktober tahun lalu, Fazley mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia dan Azrene sudah beberapa bulan bercerai dan bekas isterinya juga sudah selesai menjalani tempoh idah.

Untuk rekod fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8 tahun.

Sumber: Threads Fazley Yaakob