Sekitar tahun 2019 yang lalu, Malaysia pernah digemparkan dengan berita kematian seorang ketua jururawat yang dikenali dengan nama Siti Kharina Mohd Kamarudin. Mayat mangsa ditemui di sebuah kondominium dalam keadaan yang sangat tragis.
Artikel Berkaitan: Ditemui Reput, Ada Kesan Kelar Dileher, Motif Pembunuhan Jururawat Ini Kekal Misteri
Artikel Berkaitan: Misteri Kehilangan Terungkai, Mayat Jururawat Ditemui Dengan Kesan Kelar Dipercayai Dibunuh
Ketua jururawat dibunuh
Siti Kharina Mohd Kamarudin yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Serdang tinggal berjauhan bersama suami dan tiga orang anak. Pada tanggal 8 Mei 2019, Siti Kharina telah dilaporkan hilang. Menurut sumber, kali terakhir Siti Kharina dilihat adalah di kawasan tempat letak kereta di hospital tempatnya bekerja.
Siapa sangka, selepas daripada itu kelibat Siti Kharina langsung tidak kelihatan. Malah dia juga tidak pulang ke rumah selain tidak melaporkan diri ke tempat kerja. Hal ini secara tidak langsung membuatkan rakan serumahnya itu bimbang dengan keadaan Siti Kharina. Dia kemudian menghubungi ahli keluarga Kharina dengan tujuan untuk bertanya tentang keadaan rakannya tetapi lain pula yang jadinya apabila keluarga Kharina juga tidak tahu keberadaan wanita itu.
Suspek bunuh digantung sampai mati
Selepas laporan dibuat, pihak polis mengklasifikasikan Siti Kharina sebagai kes orang hilang. Namun pada tanggal 16 Mei 2019, mayat Siti Kharina ditemui di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya oleh orang awam. Mereka melihat ada darah mengalir keluar dari pintu rumah berkenaan. Mayat Siti Kharina ditemui terbaring dalam keadaan tidak berpakaian, tubuhnya sudah mula mereput dan terdapat kesan kelar pada leher, dada serta kepala mangsa.
Malah hasil daripada pemeriksaan di kondominium itu, pihak polis menemui beberapa bahan bukti termasuk pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa. Pada 17 Mei, seorang lelaki warga Nigeria yang dikenali dengan nama Alowonle Oluwajuwon Gilbert telah ditahan reman. Difahamkan, suspek juga merupakan kenalan mangsa. Tanggal 4 Ogos 2021, Alowonle Oluwajuwon Gilbert didapati bersalah dan suspek dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.
Sumber: Sinar Harian