berita

Ketua Kumpulan Mirror Buka Mulut Isu Skrin TV Gergasi Jatuh, Minta Doa Peminat

August 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, ketua kumpulan Mirror iaitu Lok Man Yeung akhirnya tampil membuka mulut selepas beberapa hari insiden televisyen gergasi jatuh menimpa penarinya ketika melakukan persembahan, baru-baru ini.

Terus berdoa dan beri semangat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Lok Man Yeung menitipkan pesanan buat para peminat dan netizen agar terus berdoa serta memberi semangat kepada tiga orang penarinya yang telah ditimpa kecelakaan berikutan tragedi tersebut.

Jangan bimbang, kami akan menjaga antara satu sama lain. Jadi, saya berharap semua orang boleh bersatu dan mendoakan rakan kami iaitu Mo, Ah Feng, dan Zisac segera sihat.

Terdahulu, 23 orang penari yang terbabit dalam konsert Mirror mendesak orang ramai agar tidak meletakkan kesalahan di bahu kumpulan tersebut.

Kesemua anggota Mirror telah bekerja keras dan kami sedang lalui fasa yang sangat sukar. Oleh itu, tolong jangan menyalahkan mereka yang membuat persembahan dan terbabit dalam kemalangan itu.

Sebelum ini juga, ada netizen yang menyalahkan seorang anggota kumpulan Mirror iaitu Anson Lo kerana meneruskan nyanyian meskipun televisyen gergasi itu sudah terjatuh. Menurut peminat Lo, penyanyi itu berada dalam keadaan yang tidak sedar sewaktu kejadian berlaku. Suasana pun sangat kecoh kata peminat  Lo.

Sumber: Lok Man Yeung 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×