Usahawan kosmetik iaitu Mohammad Sajat atau dikenali sebagai Nur Sajat sebelum ini didakwa menghilangkan diri selepas perbicaraan di mahkamah berhubung kes berpakaian menyerupai wanita di satu acara keagamaan.
Artikel berkaitan: ‘Kita Cuba Nak Menahan Dia Di Sempadan Tetapi…’ – Ketua Polis Negara
Artikel berkaitan: JAIS Gagal Kesan Muhammad Sajjad, Didakwa Sedang Bersembunyi
Terbaru, memetik laporan Free Malaysia Today, memaklumkan usahawan kosmetik itu kini berada di negara jiran.
Pergilah ke mahkamah
Menurut laporan Ketua Polis Negara iaitu Abdul Hamid Bador mengesahkan Nur Sajat kini berada di luar negara tetapi tidak menyatakan negara itu.
Ya, dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah.
Mungkin dia berada di Thailand
Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia melaporkan Sajat berkemungkinan sudah berada di luar negara. Ketua Polis Negara bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana dia boleh lolos ke negara luar.
Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan dipercayai dia sedang bersembunyi di Thailand.
Sumber: Free Malaysia Today