Sebelum ini, penyanyi Nas Adila memberitahu dia reda dengan ketentuan Allah selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga sejak Awal Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Nas Adila Hidap Kanser Payudara Tahap Tiga, Bakal Mula Kemoterapi Minggu Hadapan
Terbaru, Nas memaklumkan kepada media bahawa ketulan sebanyak lima sentimeter di payudaranya sudah mengecut selepas selesai menjalani kitaran kimoterapi sebanyak enam kali dan pembedahan pada September lalu.
Sudah kecut dan hampir hilang
Menerusi laporan Harian Metro, Nas atau nama sebenar Nas Adila Mohd Dan, berkata, dia sudah selesai menjalani pembedahan dan melakukan enam kitaran kimoterapi dengan dos ubat yang kuat serta mahal pada Julai tahun ini.
Alhamdulillah, ketulan di payudara sudah mengecut dari lima sentimeter dan hampir hilang. Doktor cadangkan untuk buat rawatan di semua payudara sebelah kiri untuk pastikan ia tidak merebak kerana hormon saya jenis aktif.
Berbicara mengenai rawatan kimoterapi lagi, Nas memberitahu penyakit tersebut boleh datang semula memandangkan hormonnya jenis (Hr2) positif.
Saya juga perlu menjalani rawatan kitaran kimoterapi sebanyak 17 kali lagi tapi dengan ubat yang tidak sekuat seperti sebelum ini serta radioterapi sebanyak 15 kali. Saya juga sudah memulakan rawatan kitaran kimoterapi sebanyak 17 kali tetapi hanya sebulan sekali.
Selain itu, saya masih menunggu untuk temujanji rawatan radioterapi sebanyak 15 kali lagi.
Disoal mengenai kesan kimoterapi, pelantun suara ‘Istana Janji’ ini memberitahu dia tidak boleh bangun, tiada selera makan dan hilang berat badan sebanyak lapan kilogram sebelum ini. Ujarnya lagi, kitaran kimoterapi yang dibuat sebelum pembedahan juga memang memberi kesan pada tubuhnya.
Kitaran kimoterapi sebelum pembedahan membabitkan botol kimoterapi yang keempat hingga keenam itu sangat kuat.
Selain rambut gugur, saya tidak boleh bangun dan asyik berbaring sahaja. Selama lima hari selepas kimoterapi juga, saya tiada selera makan sehingga hilang berat badan yang banyak,.
Bagaimanapun, kata Nas, dia bersyukur kerana suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatannya untuk berjuang melawan kanser terbabit.
Suami banyak memberi sokongan dan menjaga saya sepanjang menjalani rawatan. Selain itu, ahli keluarga dan rakan rapat yang banyak mengambil berat mengenai keadaan diri saya.
Saya juga sentiasa fikir positif dari semua sudut dan bagi saya ini masanya Allah SWT untuk ampunkan dosa-dosa sebab itu saya mahu kembali sihat untuk banyakkan amalan baik.
Sumber: Harian Metro