Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming sering kali dilihat memuat naik video masakannya di media sosial sehingga menjadi ikutan para netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Rafidah Tegur Banyak Sangat Minyak, Minta Khairul Aming Sedia Menu Masakan Sihat
Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Cecah 21.5 Juta, Khairul Aming Jadi Inspirasi Kepada Netizen
Artikel Berkaitan: Banjir Kelantan: Khairul Aming & Team Turun Padang Hantar Bantuan Barang Keperluan Kepada Mangsa
Kongsi ilmu
Menerusi hantaran di Twitter, Khairul Aming dilihat berkongsi ilmu tentang cara menyunting video masakannya.
Tambahnya, voice over ataupun video itu sendiri kelihatan lebih lancar dengan beberapa latihan setelah enam tahun melakukannya.
Hanya nak berkongsi dengan korang cara aku buat voice over untuk video masak bulan puasa. Awal-awal dulu banyak jugak tersasul, practice lama-lama baru boleh jadi lagi smooth.
Hal ini meraih perhatian netizen apabila perkongsiannya itu dikatakan dapat memberi peluang kepada individu yang ingin mencuba dalam bidang yang sama.
Pujian dari netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Khairul Aming yang tidak pernah risau akan rezekinya disekat dengan pesaing di luar sana. Selain itu, terdapat juga komen yang kagum dengan bakatnya dalam menjayakan voice over dengan sekali jalan kerana ianya tidak mudah untuk dilakukan.
Sumber: Twitter @khairulaming