Siapa yang tidak mengenali ‘influencer’ dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang berkongsi menu minuman dan masakan di bulan Ramadan, ’30 Hari 30 Resepi.’
Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Cecah 21.5 Juta, Khairul Aming Jadi Inspirasi Kepada Netizen
Banyak sangat minyak
Terbaru, Pakar Perubatan, Dr Rafidah Abdullah menegur masakan Khairul Aming menerusi resepi sambal hijau bilis dan telur dadar.
Di laman Twitter, Dr Rafidah meluahkan kerisauan apabila melihat kuantiti minyak digunakan yang cenderung kepada kehidupan tidak sihat.
Tweet tambahan saya:https://t.co/7VyNd1gV8b
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
Dalam pada itu, di ciapan tambahan, Dr Rafidah menasihati pempengaruh untuk berkongsi menu makanan sihat serta meletakkan kandungan kalori pada setiap masakan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet membanjiri dengan meninggalkan pelbagai reaksi. Ada pengguna media sosial yang bersetuju kerana menyifatkan Dr Rafidah prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan teguran tersebut.
Sumber: Twitter