berita

Khairul Aming Minta Beli ‘Online’ Daging Dendeng Nyet Berapi, Nafi Sudah Masuk Pasar Raya Dengan Harga RM39.90 – ‘Tak Pernah Lantik Sesiapa Untuk Jualan Retail’

March 30th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Khairul Aming

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di platform X memperlihatkan produk sambal dan daging dendeng keluaran pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang dijual di sebuah pasaraya di Sarawak.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Rutin Makanan Sepanjang Bulan Ramadan, Titip Pesanan Kawal ‘Portion’ Untuk Dapat Berat Badan Ideal

Artikel Berkaitan: Dipersoal Bagaimana Kilang Khairul Aming Di Kelantan Dapat Air Bersih, Netizen Cakap Penapis Air Kan Ada!

Hanya jual online sahaja

Khairul Aming

Menerusi perkongsian itu, daging dendeng tersebut dikatakan dijual dengan harga RM39.90 dan jauh lebih mahal berbanding harga asal iaitu RM14.99.

Tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai, Khairul Aming menerusi hantaran terbaharu di platform X menegaskan dia tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjual produknya di pasaraya atau kedai.

Malah, dia berkata produk Sambal Nyet dan Daging Dendeng Nyet Berapi hanya boleh dibeli atas talian dengan harga RM13.99 dan RM14.99.

Untuk pengetahuan, kita tidak pernah lantik sesiapa untuk jualan retail. Kalau ada kita dan umumkan.

Semua sambal dan dendeng dijual online sahaja dengan harga RM13.99 dan RM14.99.

Kotak display warna merah itu pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print.

Tolong beli dari atas talian dengan kami sahaja untuk elakkan isu sambal ciplak yang basi macam tiga tahun lepas.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×