Siapa tak kenal dengan Khairul Aming, pempengaruh yang gemar berkongsi video resepi masakan di media sosial yang mampu meraih jutaan tontonan.
Bukan itu sahaja, video resepi masakannya pasti akan ditunggu-tunggu warganet lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Cara ‘Edit’ Video Masak, Netizen Puji Tak Lokek Ilmu
Video masakan raih perhatian
Terbaru, Khairul Aming berkongsi rasa terujanya selepas salah satu video masakannya yang menyediakan resepi Burnt Sugar Steamed Pudding meraih perhatian cef terkenal dunia, Gordon Ramsay.
Melalui hantaran yang dimuat naik Khairul di Instagram, dia begitu gembira kerana video masakannya itu dipuji Gordon menerusi ‘duet video’ di aplikasi TikTok.
Guyss Gordon Ramsay duet video kita, terima kasih Gordon Ramsay.
View this post on Instagram
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian Khairul yang menerima pujian Gordon yang terkenal dengan sikap yang tegas itu.
Sumber: Instagram