Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming meluahkan rasa terharu apabila lokasi restorannya, Rembayung menerima kunjungan ramai orang setiap hari walaupun belum dibuka secara rasmi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’

Ramai datang

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata orang ramai tidak putus-putus datang untuk mengambil gambar di hadapan restorannya.

Malah, kata Khairul Aming atau mesra disapa KA, terdapat juga pengunjung daripada luar negara yang sanggup datang melawat kawasan Rembayung.

Setiap hari ramai yang singgah ambil gambar depan Rembayung dari pagi sampai malam.

Yang datang dari Shah Alam ada, Penang ada, Sarawak ada, even dari Brunei & Singapore pun ramai.

Dalam pada itu, KA berkata pihaknya akan mengumumkan pembukaan restoran dalam masa terdekat, sebaik sahaja semua persiapan dan latihan selesai sepenuhnya.

Maaf lama sikit menghilang lepas pengumuman hari itu sebab tengah all out buat final preparation dengan team.

Setiap hari buat training dan simulasi untuk pastikan semuanya lancar. Kita akan umumkan pembukaan tidak lama lagi sekiranya semua sudah bersedia.

Sumber: Threads