
Berbanding sayuran lain, peria katak atau momordica charantia kurang digemari ramai kerana rasanya yang begitu pahit.
Artikel Berkaitan: Bawang Putih Disifatkan Penawar Semula Jadi, Beri Manfaat Kepada Kesihatan Sejak Dari Dahulu
Artikel Berkaitan: Petai Lebih Dari Sekadar Rasa Unik, Dipercayai Bantu Tingkatkan Mood Positif & Stabilkan Tekanan Darah
Sayur rendah kalori
Namun di sebalik rasanya yang pahit, ia sebenarnya salah satu sayur yang kaya dengan khasiat. Kandungan nutrisinya bukan sahaja menyokong kesihatan secara menyeluruh, malah turut membantu mengawal paras gula dalam darah.
Baik melalui perubatan tradisional mahupun penyelidikan saintifik, kebaikan peria katak bagi pesakit diabetes semakin mendapat pengiktirafan, menjadikannya pilihan semula jadi.
Peria katak kaya dengan sebatian bioaktif termasuk charantin, polipeptida-P, dan vicine yang berperanan menurunkan kadar gula dalam darah.
Menurut Neurovesiti, terdapat sebuah kajian menunjukkan bahawa ekstrak dari peria katak boleh bertindak seperti insulin, menjadikannya alternatif semula jadi untuk mengawal glukosa.
Bagi individu yang menghidap diabetes jenis 2, tubuh mereka sering menghadapi kesukaran dalam bertindak balas terhadap insulin.
Pengambilan peria katak secara berkala dapat membantu tubuh memanfaatkan glukosa dengan lebih berkesan dan meningkatkan keberkesanan insulin, sekaligus mengurangkan keperluan bergantung kepada ubat sintetik.
Selain itu, peria katak merupakan sayur rendah kalori dan tinggi serat, menjadikannya pilihan ideal untuk pesakit diabetes yang ingin mengekalkan atau menurunkan berat badan sekaligus membantu mengawal paras gula dalam darah.
Manfaat ini amat penting bagi pesakit diabetes, kerana mereka berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
Serat dari peria katak itu sendiri juga membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan tabiat makan berlebihan.
Sayuran pahit ini kaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan flavonoid yang berperanan melindungi tubuh daripada kesan stres oksidatif.
Bagi pesakit diabetes, perlindungan seperti ini amat penting kerana kerosakan sel akibat tekanan oksidatif yang berlebihan boleh mempercepatkan komplikasi kronik seperti masalah saraf (neuropati) dan buah pinggang (nefropati).
Proses pembuangan toksin
Tambahan pula, kajian mendapati bahawa pengambilan peria katak secara konsisten dapat menurunkan kadar kolesterol LDL dalam darah.
Manfaat ini amat penting bagi pesakit diabetes, kerana mereka berisiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit jantung dan saluran darah.
Seterusnya, peria katak bersifat hepatoprotektif, ianya membantu melindungi sel hati daripada kerosakan sekaligus menyokong kestabilan paras gula dalam darah, memandangkan organ ini berperanan penting dalam metabolisme glukosa.
Sebagai tambahan, peria katak turut membantu dalam meningkatkan fungsi hati dan buah pinggang sebagai proses pembuangan toksin dari tubuh.
Proses detoksifikasi ini amat penting untuk memperbaiki fungsi metabolisme, terutamanya bagi pesakit diabetes yang berisiko mengalami kerosakan organ akibat kadar gula yang tidak terkawal.
Di samping itu, sayuran pahit ini juga berpotensi mengurangkan risiko komplikasi yang kronik seperti penyakit jantung, kerosakan saraf, dan kerosakan buah pinggang.
Hal ini kerana ia membantu mengawal paras gula dalam darah, menurunkan kolesterol, serta memberikan perlindungan antioksidan.
Manfaat terakhir dengan pengambilan peria katak ialah membantu menyeimbangkan kadar natrium dalam tubuh dan menyokong kestabilan tekanan darah, kerana ia kaya dengan kandungan kalium, yang merupakan faktor penting dalam pengurusan diabetes serta pencegahan komplikasi kardiovaskular.
Sumber: Neuroversiti