Pelakon Kilafairy mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya yang juga penyanyi vateran, Rohana Jalil yang kini sedang terlantar di hospital akibat masalah kebocoran usus.
Artikel Berkaitan: Tak Pasti Sakit Apa Yang Dialami, Rohana Jalil Kini Kritikal Di ICU
Harapkan keajaiban
Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story), Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, berkata dia mengharapkan ada keajaiban berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Malah, Kila berkata dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tercinta.
Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan awak pergi, mama.
Menerusi perkongsian sama, aktres itu turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Terdahulu, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus.
Difahmkan juga, keadaan penyanyi itu dalam keadaan lemah tetapi stabil.
Sumber: Instagram