Penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan sedang dirawat dan berada di dalam keadaan yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Artikel Berkaitan: ‘Rahim Maarof Masuk ICU Bukan Sebab Angin Ahmar’ – Pengurus
Tak diketahui punca sebenar
Memetik laporan Berita Harian, berita itu disahkan rakan baik Rohana, Datin Salwa Abdul Rahman yang begitu terkejut menerima berita mengenai Rohana yang dilaporkan kritikal di ICU sejak semalam (Selasa).
Difahamkan, sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar yang dialami juara bintang RTM 1980 itu dan doktor sedang melakukan pemeriksaan serta pemantauan mengenai penyakit yang dihadapinya memandangkan Rohana tidak pernah mengalami penyakit yang serius sebelum ini.
Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.
Semalam (Selasa), saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui.
Difahamkan Salwa menerima berita mengenai perkara ini melalui anak-anak Rohana namun mereka pada awalnya meminta dirahsiakan daripada pengetahuan mana-mana pihak.
Sedar akan keadaan Rohana yang semakin kritikal dan kini memerlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas, anak-anaknya mula berkongsi mengenai perkembangan terkini ibunya itu serta meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesihatan Rohana.
Untuk info, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979 sebelum mula dikenali selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1980.
Sumber: Berita Harian