
Pempengaruh media sosial, Kim Seri mengumumkan bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Korea Selatan dikenali sebagai Choi Amin dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Kim Seri Dakwa Ada Individu Paksa Buka Aib Kisah Rumah Tangga? – ‘Saya Tak Kisah Orang Nak Fitnah, Saya Tetap Senyap’
Artikel Berkaitan: Kim Seri Minta Maaf, Janji Bayar Duit Pelanggan Dalam Tempoh Dua Bulan – ‘Saya Tidak Dapat Lunaskan Jumlah Pemulangan Secara Sekali Gus’
Umum bernikah
Memaklumkan dirinya kini berstatus ibu tunggal, Kim Seri meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk majlis pernikahannya.
Saya tidak menggatal dengan suami orang. Dia masih bujang dan saya pun bukan milik sesiapa. Kami akan berkahwin, minta semua tolong doakan yang terbaik untuk kami.
Tolong cadangkan untuk hashtag perkahwinan kami. Nama kami adalah Kim Seri dan Choi Amin.
Kim Seri berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story.
Menerusi sebuah lagi perkongsian di entri sama, pempengaruh itu berkata, majlis pernikahan di Korea kebiasaanya berlangsung dengan cepat.
Simple sahaja majlis perkahwinan di Korea, hanya berlangsung dalam 30 hingga 60 minit.
Pihak perempuan juga tidak perlu pening fikir duit belanja kerana semua diuruskan oleh pihak lelaki dan majlis hanya sekali sahaja.
Dalam pada itu, Kim Seri turut berkongsi aturcara majlis pernikahan yang bermula dengan perarakan masuk pengantin lelaki ke ruang majlis, diikuti pengantin perempuan, ucapan, sumpah perkahwinan, sesi bersalaman dan bergambar.
Sebelum ini, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, bagaimanapun tiada maklumat lanjut tentang penceraian mereka.
Sumber: Instagram