berita

‘Kisah Cinta Bermula Sebagai Pembeli & Penjual Dalam Talian’ – Remaja 15 Tahun Nikah Di Kelantan Dedah Bibit Cinta

December 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral di TikTok mengenai majlis perkahwinan satu pasangan muda di Tanah Merah, Kelantan. Menurut ibu saudara pengantin perempuan, anak buahnya itu baru berusia 15 tahun dan pasangannya pula berusia 17 tahun.

Artikel berkaitan: ‘Bangun Sayang, Pergi Sekolah Jom’ – Netizen Terkejut Remaja Umur 15 Tahun Nikah Di Kelantan

Menerusi laporan Berita Harian, pasangan ini menyatakan bahawa mereka tidak sangka bergelar suami isteri pada usia remaja.

Kelihatan berseri dan masih malu

Menurut pengantin perempuan iaitu Nurin Irdina, dia berkenalan dengan suami tercinta sejak lapan bulan yang lalu dan mereka saling berhubung menerusi telefon bimbit. Tambahnya, keluarga mentua telah datang ke rumah untuk berbincang agar kedua mereka disatukan.

Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian, namun saya tidak membantah malah sedikit teruja. Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan. Malah segala-galanya kelihatan dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu kami sah bergelar suami isteri.

Ujar Nurin lagi, segala persiapan perkahwinan hanya dilakukan dalam tempoh dua bulan sebelum mereka sah bergelar suami isteri.

Berhenti sekolah

Disoal mengenai sekolah, anak sulung daripada lima beradik ini memberitahu bahawa dia sudah berhenti sekolah, namun dia tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta. Menurut pengantin lelaki pula iaitu Ahmad Faris, perkenalannya dengan isteri bermula ketika membeli barang di atas talian. Jelasnya, dia membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina dan berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah. Sejak itu juga mereka sering berhubung.

Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju. Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Sebelum ini saya bekerja dengan ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah, namun kini akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam talian bersama isteri.

Menurut ibu Ahmad Faris pula iaitu Zalaha Hassan, keputusan mengahwinkan anak bongsunya itu dipersetujui suami, dan mereka ingin segera menghalalkan hubungan pasangan itu. Di samping itu, Zalaha memberitahu faktor usia muda bukan isu utama bagi mereka dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan anak-anak kerana bimbang dengan keadaan zaman sekarang.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×