berita

‘Kita Diuji Dengan Kehilangan Anak & Bermacam-Macam Dugaan, Kau Tetap Ada Di Sampingku’ – Ali Puteh

February 27th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seperti yang kita tahu, pelawak Ali Puteh bukan sahaja berdepan dengan pelbagai kontroversi malah perlu bersabar dengan kecaman yang dilemparkan wargamaya di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Jual Kereta, Motor Serta 7 Trofi, Isteri Menangis Demi Lunas Hutang Balu Arwah Abam

‘Terima kasih isteriku’

Terbaharu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tampil memuat naik video tanda penghargaan buat isterinya Melati Fitri yang begitu meruntun hati di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Ali menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang merupakan antara individu penting sepanjang perkahwinan mereka.

Ali yang memuat naik gambarnya bersama Melati memaklumkan bahawa isterinya itu sentiasa bersama dan tidak pernah mengeluh di saat dirinya jatuh dan perlu berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan.

Alhamdulillah, terima kasih wahai insan bergelar isteri yang sentiasa bersama di saat aku tidak punya apa-apa.

Di saat aku jatuh, diuji, hilang segalanya, menangis sendirian, difitnah, dicaci dan dihina, kau tetap berada disampingku dan sentiasa menjadi penguat semangat.

Tidak sedikit pun engkau mengeluh dan terus berdoa suatu hari nanti akan hadir akan kebenaran.

Di akhir hantarannya, ahli kumpulan Puteh itu memaklumkan dirinya tidak mampu membalas segala kebaikan isterinya itu dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Hanya Allah dapat membalas jasa kebaikan kamu wahai insan yang bergelar isteri.

Insya-Allah, saya akan berusaha untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kecil kita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat perkongsian Ali dan tidak melepaskan peluang untuk memberikan kata-kata semangat buat pelawak berkenaan.

Mereka juga mendoakan perkahwinan Ali dan isteri berkekalan hingga ke akhir hayat.

Komen netizen

Sumber: TikTok Ali Puteh

SKIP THIS AD ×