berita

‘Kita Jangan Marah Caprice, Kita Kena Doa Untuk Dia’ – Nabil Ahmad

July 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Tampil melakukan sidang media secara ‘live’ di Instagram hari ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia dipercayai sudah menonton dan mendengar penjelasan Ustaz Ebit Lew berhubung pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sejak pulang dari Gaza, Palestine.

Artikel berkaitan: Akui Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Artikel berkaitan : ‘Tak Ada Siapa Pertikai 10000001 Benda Baik Yang Dia Buat’ – Caprice

Artikel berkaitan : ‘Saya Tak Boleh Tidur’ – Caprice Sedih Sahabat Baik Tiba-Tiba Senyap & Tak Bagi Kerjasama Selepas Isu Viral

Menerusi sidang live tersebut, rata-rata netizen termasuk rakan selebriti seperti Nabil Ahmad dipercayai memberi sokongan secara menyeluruh terhadap Ustaz Ebit. Namun begitu, Nabil turut berharap masyarakat dapat menghentikan kemarahan mereka terhadap Caprice.

Kita jangan marah Caprice

Kita jangan marah Caprice. Kita kena doa untuk dia. Semoga Allah bagi dia kefahaman agama dan dia boleh terus buat usaha ini.

Menurut Nabil, netizen perlu menghentikan kemarahan mereka terhadap Caprice sebaliknya, berdoa agar penyanyi tersebut dapat memahami ilmu agama secara lebih mendalam selepas ini. Jelas Nabil, Caprice akan menjadi seorang yang hebat dan usahanya untuk membantu masyarakat di dunia juga akan berjaya selepas beliau mempunyai kefahaman tersebut.

Tambah Nabil, individu seperti Caprice ini sangat hebat. Namun, pelantun suara ‘Kau Hade’ itu perlu berusaha untuk Allah dan bukannya untuk mendapat perhatian mana-mana makhluk di atas muka bumi ini.

Doa untuk saya

Terdahulu, Caprice memberitahu bahawa dia terpaksa membatalkan sesi live semalam disebabkan beberapa perkara yang telah berlaku. Pada masa yang sama, dia tetap meneruskan misi di Gaza seorang diri meskipun semua pasukannya sudah pulang ke Malaysia. Jelasnya, perjalanan jihad kali ini paling mencabar namun dia percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima.

Cara Caprice silap juga, harap-harap selepas IG live nanti kita dapat tutup buku yang lepas dan jalan terus ke depan.

Caprice turut mengakui bahawa kesilapan yang telah berlaku sebelum ini berpunca daripada dirinya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sekalipun.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×