berita

‘Saya Tak Boleh Tidur’ – Caprice Sedih Sahabat Baik Tiba-Tiba Senyap & Tak Bagi Kerjasama Selepas Isu Viral

July 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice mendakwa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah menyekatnya di media sosial. Di samping itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, menerusi platform Instagram Stories didakwa mempersoal tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika menyempurnakan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Jumpa Caprice Di Mesir ‘Bincang’ Isu Viral, Lelaki Ini Cerita Apa Yang Berlaku Sebenarnya

Artikel berkaitan: ‘Selesai Dengan Baik, Tak Payah Gaduh-Gaduh’ – Sharnaaz Ahmad Tempelak Caprice Buat Netizen Puas Hati

Tidak berakhir di situ, Caprice telah melakukan sesi live bersama seorang pemuda yang dikenali sebagai Redha Zaini. Menerusi sesi live tersebut, rata-rata netizen mendakwa pelantun suara ‘Kau Hade’ ini  tidak boleh dibawa berbincang.

Saya tak boleh tidur

Salam guys, dah pukul 3 pagi saya tak boleh tidur. Ada orang kata saya alami masalah mental. Bagi saya ianya berkaitan jihad sebab siapa-siapa yang kenal Caprice sebelum ni, mereka tahu saya akan jadi gila apabila mereka sentuh soal jihad dan Gaza. Kita jadi orang lain dan badan tak boleh bawa bincang. Saya minta maaf. Cuma saya tak sangka seorang sahabat lama saya tiba-tiba senyap dan tak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.

Benda kecil saja. Saya tak tahu sebab apa. Saya rasa saya dah tahu sekarang, saya sangat sedih dan berharap hubungan kita kembali pulih semula tanpa campur tangan politik dan orang lain. Kalau kau fikir balik, bayangkan kita masuk Gaza sama-sama. Mesti indah kan tanpa rakyat sedar. Saya tak mahu tunjuk Whatsapp dengan ustaz lagi.

Terbaru, Caprice meluahkan rasa sedih apabila salah seorang sahabat baiknya tiba-tiba mendiamkan diri. Menurut Caprice, dia tidak tahu mengapa sahabatnya itu senyap dan tidak beri kerjasama selepas apa yang berlaku. Sebagai manusia, Caprice sedih dan berharap hubungan mereka akan kembali pulih tanpa ada campur tangan mana-mana pihak. Ujarnya lagi, sebelum sampai ke Cairo mereka sudah merancang untuk masuk ke Gaza bersama-sama. Namun begitu, sesuatu telah berlaku dan dia tidak mampu untuk menceritakan hal tersebut.

Saya minta maaf jadi ‘crazy’

Apapaun saya minta maaf sebab jadi ‘crazy’ apabila ada orang kacau Gaza dan Palestine. Kalau nak saya jadi monster cucuklah jihad dan Gaza. Saya dah ambil ubat ni lama termasuk rawatan. Tapi saya tak suka ambil ubat ni sebab saya akan berasa kebas selepas itu.

Di akhir perkongsian, Caprice memberitahu dia terpaksa mengambil sejenis ubat untuk tidur meskipun, dia tidak suka melakukan hal tersebut. Terdahulu, Caprice menceritakan mengenai 13 hantaran Instagram Stories yang ditulis olehnya berhubung Ustaz Ebit Lew dan pasukannya. Ujar Caprice, dia telah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ustaz Ebit berhubung isu pendakwah tersebut menggunakan foto kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar. Namun begitu, Caprice mendakwa Ustaz Ebit telah menyekatnya di Instagram.

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×