berita

‘Kita Kawal Dia Pun, Kalau Ada Tetap Ada’ – Alyah Hormat Privasi Ramli MS, Amal Surah Al-Fatihah & Kursi Sebelum Keluar Bekerja

March 11th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Meskipun isu curang sering berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti, namun penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah membuka dan memeriksa telefon bimbit suaminya iaitu Datuk Ramli MS sepanjang lebih 10 tahun berkahwin.

Artikel berkaitan: Tok Ram Diserang Vertigo Di Singapura, Tak Sempat Sambut Hari Lahir Alyah – ‘Doakan Kesihatan Tok Ram Ya’

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Anggap Saya Wanita Lindungan Kaabah, Sebab Saya Pun Ada Angin Juga’ – Alyah

Serah pada Tuhan

Menurut Alya atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 43, dia menyerahkan segala urusan rumah tangganya kepada Allah dan memohon agar hubungan mereka terpelihara.

Saya tak boleh nak jangka masa depan saya. Apa yang boleh dikatakan, saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal dia (suami) pun, kalau ada tetap ada.

Amalkan baca surah

Selain itu, Alyah turut berkongsi amalan wajibnya membaca ayat Kursi dan al-Fatihah sebelum mereka keluar bekerja.

Jadi, saya selalu kalau suami keluar atau saya keluar (bekerja) saya memang tinggalkan Al-Fatihah serta ayat Kursi untuk dia.

Itu saja dan yang ke depan-depannya, saya tak tahu. Itulah yang saya buat dan tanyakan pada emak saya.

Hormat privasi suami

Katanya lagi, pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa ini tidak pernah mengambil tahu tentang privasi Ramli kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan.

Malah, saya juga memang tidak pernah buka telefon suami dan saya pun tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin Allah Maha Tahu.

Meskipun suaminya sering bekerjasama dengan kebanyakan penyanyi wanita, Alyah percaya doa orang teraniaya akan dimakbulkan dan amat bersyukur rumah tangganya tidak berdepan dengan masalah.

Alyah berkata demikian ketika majlis pelancaran produk Twomee sekaligus melantik penyanyi itu sebagai duta yang diadakan di Royale Chulan Damansara, baru-baru ini.

SKIP THIS AD ×