berita

Alyah & Ramli MS Dalam Proses Kenali Hati Budi

July 19th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kalau dah jodoh, tak kira umur, pangkat atau pun bangsa, pasti akan terjalin juga. Bukan OHBULAN! mahu kata bahawa Alyah & Ramli MS sudah berpacaran, tapi apa salahnya jika betul pun, kan?

Terbaru dari penyanyi yang popular dengan lagu berjudul “Kisah Hati” ini, dia ketika dihubungi Media Hiburan mengaku bahawa dia dan Ramli MS masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

“Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.”

Alyah turut meminta agar para peminat tidak membuat apa-apa spekulasi dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat.” – Alyah dipetik dari Media Hiburan.

Apa-apa pun, jom layan balik lagu berjudul “Kisah Hati” oleh Alyah selepas ini!

SKIP THIS AD ×