
Penyanyi, Iman Troye tampil mempertahankan tindakan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi rakaman keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil di media sosial.
Artikel Berkaitan: Detik Cemas Ryzal Ibrahim & Maryam, Anak Tak Sedarkan Diri Selepas Jatuh Katil – ‘Kuat Dia Nangis Lepas Tu Diam’
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Bersyukur Maryam Bukan ‘High Class’ – ‘Nilai Setia Lebih Berharga Daripada Seluruh Kekayaan Dunia’
Wujudkan kesedaran
View on Threads
Menerusi komen di Threads, Iman berkata rakaman tersebut mungkin bukan sekadar content, sebaliknya bertujuan untuk rujukan pihak perubatan.
Saya rasa abang Ryzal rakam untuk rujukan doktor.
Mesti dia dan isterinya trauma jadi dia nak memupuk kesedaran pada ibu bapa yang lain.
Kata Iman, individu yang tidak berada dalam situasi tersebut tidak seharusnya terlalu cepat mengkritik terutamanya mereka yang belum mempunyai cahaya mata sendiri.
Kita tiada anak, tak tahu macam mana rasa bila tengok anak sakit, tak sedarkan diri.
Jadi benda ni penting untuk ibu bapa dekat luar sana macam mana nak bertindak.
Malah, Iman turut mengajak orang ramai untuk melihat situasi tersebut dari sudut yang lebih positif.
Kita nampak benda ni macam kecil, tapi mungkin membantu untuk ibu bapa di luar sana.
Kita cuba pandang yang dari sudut positif.
Sebelum ini, Ryzal berdepan detik cemas apabila anak lelakinya, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil baru-baru ini.
Sumber: Threads