Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dia sudah ‘meminang’ Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Artikel Berkaitan: VIDEO] KJ Mula Tugas Penyampai Radio Hot FM, Kongsi Isu Semasa & Politik – ‘Saya Bawa Dengan Cara Mudah Difahami’
CEO JDT?
Menjawab mengenai tawaran hangat itu, Khairy atau lebih mesra disapa KJ menyatakan dia akan mengumumkan keputusan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, KJ seakan sudah memberi bayangan dirinya bakal menyertai kelab bola sepak itu.
Insya-Allah dalam masa terdekat ini akan diumumkan pembabitan saya dengan JDT.
Dahulu orang ingat saya tidak serius, tetapi saya memang ambil serius tawaran itu.
Sebelum ini pun, orang ingat saya tak serius hendak jadi DJ HotFM, tetapi, pagi ini saya berada di konti.
KJ berkata demikian ketika mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama Johan dan AG di Hot FM, pada pagi Rabu.
Dalam pada itu, KJ, 47, berkata dia tetap akan meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio meskipun sudah bergelar CEO JDT.
Rasanya tidak ada masalah kerana saya ‘multitasking’ (mahir buat banyak tugas).