Umum tahu, Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bagi mengendalikan segmen Bekpes Hot bermula hari ini (Rabu).
Artikel Berkaitan: Khairy Jamaluddin Sah Jadi DJ Hot FM
Dapat ‘catch up’
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, KJ bersyukur kerana pertama kali kerjasama dengan Johan dan AG berjalan dengan lancar.
Chemistry dengan AG dan Johan ada tapi mungkin akan lebih lancar pada minggu akan datang. Kita masih mencari rentak dan chemistry yang terbaik.
Pengalaman saya hari ini alhamdulillah memang bersahaja dan ada persefahaman yang baik.
Bagaimanapun, kata KJ, disebabkan dia masih mempunyai tuntutan kerja yang lain, dia hanya akan ‘on air’ pada hari Isnin sahaja.
Saya tak datang buat setiap hari. Seminggu sekali pada hari Isnin jam 8 hingga 9 pagi, di mana saya akan bagi kupasan mengenai isu semasa termasuk politik dalam minggu tersebut.
Breakfast show kita nak jadikan sebagai satu show yang menyampaikan maklumat yang berfaedah.
Terbuka dengan kritikan
View this post on Instagram
Ditanya persiapan yang dilakukan, KJ, 47, berkata dia hanya mendengar radio kerana baginya platform itu terbaik untuk memperoleh maklumat dan info tepat.
Persiapan saya nak jadi penyampai radio dengan mantapkan suara. Saya banyak dengar radio saja sebab radio ini satu medium yang saya rasa masih lagi penting.
Ada yang kata radio ini tak penting lagi tapi bagi saya radio ini penting sebab radio ini sebenarnya kita dapat pendengar yang captive, maksudnya dia tak boleh nak pergi mana.
Tak ada perbezaan sangat sebab orang politik pun bercakap. Jadi sekarang ini, saya tengan mencari pengalaman menjadi ahli politik untuk membawa isu-isu yang agak berat tapi dengan cara lebih muda difahami.
Saya terbuka dan sudah terbiasa dengan ujian dan kecaman. Sudah pasti, sebagai penyampai radio akan ada cakap saya bagus dan sebaliknya. Dari masa ke semasa, saya akan perbaiki.
Dalam pada itu, KJ menyatakan dia sudah bersedia dengan lawak Johan memandangkan mereka sudah lama mengenali.
(Ketawa) Saya dan Johan sudah lama mengenali sebelum dia memasuki Hot FM lagi. Saya dah biasa dengan rentak lawak dia.
Pada 9 Februari lalu, KJ mengesahkan bakal menyertai Hot FM dalam temubual panggilan telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.
Tawaran Hot FM kepada KJ dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Media Prima Audio (MPA) berkata, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’, kehadiran KJ bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna lebih menarik untuk segmen terbabit.
Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.
Sumber: Instagram