Menerusi hantaran baharu Khairy Jamaluddin di Instagram (IG) Story, menunjukkan beliau sedang bermain gitar bersama dengan beberapa orang ahli muzik di dalam sebuah studio dan memuat naik hantaran tersebut selepas beliau menerima untuk menjadi penyampai radio di Hot FM.
Artikel Berkaitan: Khairy Jamaluddin Sah Jadi DJ Hot FM
Artikel Berkaitan:PRU15: [VIDEO] ‘Siapa Yang Ada Perbualan Telefon Dengan Anwar? Saya Ke Zahid?’ – Khairy Jamaluddin
Memang minat muzik
Pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan, Khairy ternyata mempunyai bakat dalam bidang muzik dan hobinya itu mencuri perhatian sebelum ini apabila dia sering bermain muzik bersama-sama anak-anaknya.
Sebuah kapsyen ringkas, ‘What’s Next?’ (Apa Seterusnya?) di Instagram (IG) Story beliau seolah-olah memberikan bayangan bahawa dia ingin melebarkan lagi bakat dan minatnya itu selepas disahkan akan menjadi penyampai radio di Hot FM.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mesra disapa sebagai KJ, bakal memulakan tugas sebagai penyampai Bekpes Hot bersama-sama Johan, Farah Fauzana dan AG bermula 15 Februari ini.
Pembabitan bekas Ahli Parlimen Rembau ini adalah untuk menambah ‘rasa’ yang lebih menarik dan positif untuk pendengar Hot FM agar dapat memperoleh pendengar-pendengar baharu.
Sekadar info, pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Khairy yang bertanding di parlimen Sungai Buloh telah tewas dan beliau juga tidak lagi memegang mana-mana jawatan diperingkat parti mahupun negara.
Sumber: Instagram KJ