Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah memuat naik satu video yang mengundang perhatian pengguna media sosial di akaun Instagram (IG) miliknya.

Artikel Berkaitan : PRU15: ‘PH Cuma Datang Borak, Belum Sign SD Lagi’ – Ismail Sabri

Artikel Berkaitan : PRU15: Anwar Ibrahim ‘Tweet’ Gunting Rambut Pukul 10:22 PM, Netizen Dakwa Petunjuk Bakal Jadi Perdana Menteri

Artikel Berkaitan : PRU15: Ahmad Zahid Diasak Letak Jawatan Parti, Nurulhidayah Pilih Untuk Kekal Tenang – ‘Semua Sudah Menjadi Ketetapan Allah ..’

Rakaman audio

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Dalam hantaran tersebut, Khairy atau lebih mesra disapa KJ mempersoalkan sama ada dirinya atau Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bercakap melalui telefon dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi siapa yang ada perbualan telefon dengan Anwar? Saya ke Zahid? Fikir baik-baik.

Kalau betul-betul nak tolak Zahid, akhirnya ‘pak sheikh’ (Anwar) kamu akan ada perjanjian dengan Zahid. Apa you nak cakap nanti? Jadi, jangan kacau (ganggu) Sungai Buloh.

Pada April 2021, Zahid menafikan terdapat perbualan antara beliau dengan Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan media.

Menurut Zahid, rakaman audio yang didakwa perbualan antara beliau dan Anwar itu merupakan percatuan politik yang jijik.

Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, Zahid akhirnya mengaku suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Anwar sebelum ini adalah suaranya.

Sumber: Instagram @khairykj