berita

KJ Respon Tweet Lelaki Dihalang Rakam Video Masa Suntik Vaksin, Netizen Sorak Gembira – ‘Hahaha Jawab Salam Tu Kak’

August 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: BH Online

Umum tahu, mantan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk penerima vaksin merakam video sewaktu mendapatkan suntikan vaksin.

Artikel Berkaitan: [TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu Di Bawah Pentadbiran Ismail Sabri

Tak boleh rakam

Namun, lain pula yang berlaku dekat anak muda yang menggunakan nama @winraffm di Twitter.

Menurutnya, dia telah dihalang oleh seorang pegawai ketika ingin merakam momen saat disuntik. Jelas lelaki itu, video itu sekadar untuk dikongsikan kepada anggota keluarga sahaja.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran suara wanita yang tidak membenarkan lelaki itu merakam sambil tangannya menutup bahagian kamera telefon bimbit itu.

Tak boleh rakam. KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh rakam.

KJ bagi respon

Ciapan itu telah menarik perhatian YB Khairy Jamaluddin untuk memberi respon sejurus selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beliau sebagai Menteri Kesihatan.

Komen ‘Assalamualaikum’ dari KJ ternyata menggembirakan hati warganet yang simpati dengan layanan yang diterima lelaki tersebut.

Ayuh YB! Mulakan serangan anda!

That pegawai is shaking right now.

Hahaha jawab salam tu kak.

Hahaha bagus betul baru lantik terus buat kerja.

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan tersebut sudah mendapat lebih 13,000 retweets dan 12,000 tanda suka.

 

Sumber: Twitter @winraffm, @Khairykj

SKIP THIS AD ×