berita

KKM, Pakar Perubatan Bantu Kenal Pasti Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

June 9th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan pendedahan terbuka mengenai penderitaan yang dialaminya, pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan ada pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan universiti tempatan yang tampil menghulurkan bantuan.

Bantu kaji & kenal pasti penyakit

Foto: Instagram Dato’ Ustaz Kazim Elias

Memetik laporan Sinar Harian, Ustaz Kazim berkata, pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang dan bertemu dengannya pada Rabu, dan dia juga dijadualkan untuk bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis.

Mereka akan membuat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim.

Tetapi, sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini.

Selain mereka, ada beberapa pihak lagi yang datang menghulurkan bantuan termasuk daripada persatuan doktor dan individu-individu lain yang ingin turut sama membantu.

Ustaz Kazim turut meluahkan rasa syukur kerana banyak pihak yang mengambil berat tentang situasinya.

Saya bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat saya terbuka untuk berkongsi sakit yang saya deritai selama ini.

Terdahulu, Ustaz Kazim telah berkongsi secara terbuka penderitaan yang dialaminya sejak lapan bulan lalu, menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×