berita

KKM Siasat Wanita Cadang Khidmat Pasang ‘Braces’ RM300 Milik Rakan – ‘Nak Number Dia Please’

June 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Walaupun salah dari segi undang-undang, masih ada yang menyediakan khidmat pemakaian pendakap gigi ataupun ‘braces’ oleh doktor gigi palsu atau orang awam. Meskipun sedar akan risiko yang perlu mereka hadapi, ramai yang sanggup membayar khidmat doktor palsu ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikecam teruk selepas mencadangkan khidmat tersebut yang disediakan rakannya pada harga RM300, yang turut mendapat perhatian akaun Twitter milik KKM.

Beli sijil daripada doktor gigi

Gambar sekadar hiasan

Dalam satu ciapan, pengguna tersebut berkongsikan tentang khidmat pemasangan pendakap gigi yang ditawarkan rakannya pada harga serendah RM300. Ciapan tersebut merupakan respon kepada bebenang yang membincangkan tentang harga pemasangan braces yang rata-ratanya melebihi RM3,000.

Dalam ciapan tersebut, wanita itu berkata, kos pemasangan ‘braces’ oleh rakannya hanya berharga RM300 dan ‘doktor’ tersebut malah boleh datang ke rumah mereka untuk memasang pendakap gigi.

Kawan saya ada buatkan, RM300 je, siap datang rumah lagi kalau nak. Maintain bulan-bulan suka hati nak buat dekat klinik atau dengan dia, dengan dia cuma rm50. Ramai juga buat dah dengan dia. Dia ada sijil (rasanya) nak nombor dia?

Dia dapat sijil dia daripada seorang doktor gigi, dia bayar beribu-ribu, untuk masuk kursus berbulan-bulan. Dia dah buat bertahun-tahun.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengguna lain yang mengecam tawaran tersebut yang dilihat sebagai satu perkhidmatan ‘haram’ dan tidak bertauliah.

‘Nak number dia please’ – KKM

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membalas dengan memetik akaun Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) dan Program Kesihatan Pergigian KKM agar bahagian tertentu mengambil maklum tentang isu tersebut.

Pemilik akaun rasmi KKM itu turut berseloroh meminta wanita tersebut kongsikan nombor telefon rakannya itu.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×