Bila tiba bulan puasa ni mesti ramai yang selalu tunggukan influencer kegemaran korang untuk buat 30 hari challenge kan? Lagi-lagi kalau challenge tu melibatkan resepi masakan, tutorial tudung, resepi kuih raya dan banyak lagi. Mesti semua pakat nak join sekali!
Tapi istimewanya kali ni Knorr Malaysia memberi kelainan tau dengan menganjurkan 30 hari 30 masjid. Haa… macam mana pulak tu?
Inilah min nak share sempena Ramadan ni, Knorr Malaysia sangat komited memberi balik kepada masyarakat yang memerlukan dengan mengagihkan sebanyak 3,000 pek rendang ayam dan beg cenderahati. Wow. Banyaknya!
Sekarang je dah sebanyak 30 masjid diagihkan sekitar Lembah Klang menerusi program 30 Hari 30 Masjid. Seronoknya yang dapat tu!
Selain ingin memberi balik kepada masyarakat, program ni juga selaras dengan objektif syarikat iaitu “Kebaikan dalam setiap hidangan”. Itulah objektif ketua pemasaran pemakanan, MYSG Unilever Malaysia, Wuei Yunn Chan terapkan!
Bukan saja rasa bersyukur, teruja juga tau bila dapat memberi balik kepada masyarakat yang memerlukan ni. Lagi-lagi bila dapat lihat raut wajah gembira mereka!
Bukan tu je, program ini juga diadakan bertujuan untuk menyebarkan lagi kesedaran kepada masyarakat bahawa kiub pati ayam Knorr lebih sedap untuk rendang ayam. Sesuai kalau korang nak cuba resepi rendang di Hari Raya nanti!
Jom korang! Kita turun memberi juga kepada yang memerlukan bersama Knorr
Asyik-asyik buat 30 hari challenge resepi puasa je. Apa kata korang join pula bersama Knorr dengan memberi kepada yang memerlukan.
Memberi semasa berpuasa kan adalah satu tindakan amal dan pemurah yang digalakkan oleh banyak agama dan budaya di seluruh dunia. Lagi-lagi pada bulan yang mulia ini, confirm pahala korang berganda-ganda kan?
Jadi, Knorr ingin mengajak korang semua untuk join sekali program ni tapi di masjid lain di Lembah Klang. Masjid terakhir yang mereka akan kunjungi ialah masjid India di Kuala Lumpur pada 20 April ni. Jom kita bersedekah bersama Knorr!
Kalau korang nak tahu, bukan Knorr saja yang sangat komited membantu bagi yang memerlukan ni. Radio HotFM juga saling berganding bahu dan berusaha mengagihkan sebanyak 100 pek rendang ayam dan beg cenderahati sepanjang 30 hari. Sekarang je jumlah agihan mereka dan mencecah 3,000. Hebatnya!
Sesuai buat para ibu diluar sana yang inginkan sentuhan sempurna!
Buat ibu-ibu yang ingin membuat hidangan sedap dan mudah, boleh cuba jenama Malaysia Knorr yang terkemuka ni. Bukan saja terkenal di Malaysia je malah seluruh dunia. Mana tidaknya, sekarang saja knorr dah mempunyai pelbagai rangkaian produk yang menarik tau!
Istimewanya kiub pati ayam Knorr ni, ia diperbuat menggunakan isi ayam yang direbus selama empat jam untuk mengeluarkan rasa yang lebih kuat dan enak. Barulah masakan korang tu lebih sedap. Betul tak?
Bila korang letak kiub pati ayam Knorr ke dalam rendang ayam, ia akan menaikkan lagi rasa dan aroma rendang. Bukan tu je, selain memasak rendang, kiub pati ayam Knorr ni juga sesuai tau untuk sup ayam.
Korang jangan terkejut lah kalau rasa hidangan rendang ayam tu seperti rendang yang ibu atau nenek korang masak sewaktu Hari Raya. Barulah sempurna rasa rendang korang tu!
Selain dari program 30 hari 30 masjid ni, Knorr juga sedang menjalankan kempen Sentuhan Sempurna Knorr sepanjang Ramadan dan raya ni.
Jadi, jika korang ke pasar raya terdekat, jangan lepaskan peluang mendapatkan Kiub Pati Ayam Knorr. Barulah rendang korang buat tu sempurna sepanjang Aidilfitri nanti!