
Pelakon Kodi Rasheed berkongsi mengenai keadaan terkini rakan seindustri, Que Haidar susulan aktor itu hangat diperkatakan dengan pelbagai dakwaan tentang dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Dijolok Sarang Tebuan’ – Kodi Rasheed Pertahan Que Haidar
Artikel Berkaitan: Kodi Rasheed Tak Suka Tayang Isteri Di Media Sosial – ‘Dia Tak Kisah Sebab Tak Biasa Dengan Industri Seni’
Keadaan Que

Ketika ditemui OhBulan!, Kodi atau nama penuhnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed memaklumkan bahawa Que kini berada di dalam keadaan yang baik, malah mereka juga sering berhubung melalui panggilan telefon.
Saya ada berhubung dengan dia sebab dia cikgu saya juga. Mestilah saya tanya khabar dia, okay ke tidak.
Saya juga ada pelawa dia untuk tengok filem terbaharu saya iaitu Libang Libu serta bertanyakan mengenai promo filem Malaikat Malam. Itu saja.
Bertanya khabar itu biasa. Saya wajib telefon dia dalam seminggu, dua atau tiga kali. Kalau tak seminggu dua kali pun, bila terdetik saja kami akan telefon.
Dia okay Alhamdulillah. Saya pun tak nak masuk campur sebab dua-dua adalah guru saya.
Menurut Kodi, dia mengakui sedih melihat keadaan Que yang terhimpit dengan situasi yang tidak diingini, namun sebagai sahabat, aktor ini tetap memberikan sokongan penuh.
Ramai yang sayangkan dia, baguslah. Bagi saya apa yang dia doa, apa yang dia buat sebelum-sebelum ni, inilah balasannya sekarang.
Cuma bila jadi macam ni sedih. Malah, waktu mereka bercerai pun sedih sebenarnya sebab mereka adalah sweet couple.
Tapi untuk kita nak tanya lebih-lebih itu macam sibuk hal orang pula. Jadi saya hanya boleh beri sokongan dan insya-Allah ada benda baik yang akan datang. Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ini.
Kodi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu yang berlangsung di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam masa yang sama, pelakon filem Malaikat Malam itu juga memohon semua pihak agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi atau mencampuri urusan Que dan bekas isterinya, Linda Jasmine.
Cuma apa yang saya boleh katakan untuk orang luar ataupun orang sekeliling mereka adalah tak perlu masuk campur.
Biar mereka yang selesaikan. Tak perlu ada sindiran ataupun hasutan sebab kita tak tahu pun hal mereka. Insya-Allah akan ada benda baik buat mereka.
Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan Linda Jasmine kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.
Untuk rekod, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.








