berita

Kolaborasi ST12, Hazama Bakal Gegar Zepp Kuala Lumpur November Ini!

September 6th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Kumpulan Indonesia, ST12 bakal mengadakan Live Concert in Malaysia di Zepp Kuala Lumpur bersama penyanyi terkenal Malaysia, Hazama sebagai artis undangan.

Artikel Berkaitan: Forteen Rancang Nak Buat Konsert, Syukur Lagu ‘Berdua Bersatu’ Trending Di TikTok

Memperluaskan pengaruh muziknya

Menurut Ilham Febry atau lebih selesa disapa Pepep berkata, kolaborasi bersama Hazama dalam konsert kali ini adalah bertujuan memperluaskan pengaruh muziknya di dua negara serumpun.

Selain itu, kemunculan Hazama juga secara tidak langsung menjadi pemacu dalam merancakkan siri promosi single terbaharu mereka iaitu ‘Harapan Tak Kunjung Usai’.

Kami mahu menyajikan sesuatu yang segar dan berbeza buat peminat di kedua-dua negara. Pencinta muzik baik di Malaysia, mahupun di Indonesia mempunyai cita rasa yang sama.

Malah, genre muzik pengkarya di kedua-dua negara juga hampir sama. Itu menjadi antara faktor utama yang mendorong ST12 untuk berkolaborasi dengan Hazama. Mudah-mudahan usaha kami diterima, apatah lagi karakter vokal Hazama begitu serasi dengan melodi lagu ini.

Single terbaru mereka iaitu ‘Tak Kunjung Usai’ telah dilancarkan di Indonesia pada 5 September ini dan diperkenalkan kepada peminat di Malaysia pada 18 September hadapan.

Meskipun ST12 berdepan pelbagai cabaran namun tidak menghalang mereka untuk mempertahankan jenama ST12 supaya kekal sebaris band popular Indonesia.

ST12 bukan lagi sekadar sebuah band, sebaliknya ia sudah menjadi sebuah jenama. Justeru, sesiapa pun yang menggalas peranan sebagai vokalis, jenama ST12 tetap dibawa bersama.

Hazama anggap peluang terbaik

Sementara itu, Hazama turut meluahkan rasa syukur dan berbesar hati kerana diberikan peluang berkolaborasi bersama ST12 sebagai ruang terbaik untuk memperkenalkan bakatnya di negara jiran.

Siapa yang tidak kenal ST12? Saya sendiri mengagumi kekuatan muzik mereka yang berjaya menyatukan peminat di kedua-dua negara. Apabila diberi kesempatan besar seperti ini, pastinya saya menyambut dengan tangan yang terbuka.

Kolaborasi ini juga membuka ruang untuk saya meneroka pasaran baharu dengan lebih agresif, sekali gus membantu saya memahat nama dengan lebih kukuh di Indonesia.

Sekadar info, ST12 Live Concert In Malaysia akan berlangsung pada 10 November 2023 dengan menampilkan Aris Indonesian Idol sebagai vokalis, Firman Siagian dan Hazama sebagai artis undangan.

Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP).

SKIP THIS AD ×