berita

‘Komen Negatif Atau Positif Adalah Lumrah Dalam Pembikinan Filem’ – Syamsul Yusof

September 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatat kutipan pecah panggung hampir RM100 juta dan telah mengatasi semua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers.

Selepas ‘menggila’ di pawagam, filem Mat Kilau sekali lagi ‘trending’ nombor satu, kali ini di platform penstriman, Netflix.

Artikel Berkaitan: Adi Putra Terima Bayaran Mahal Untuk Filem Mat Kilau

Artikel Berkaitan: Mat Kilau Raih Kutipan RM97 Juta Sepanjang Dua Bulan Tayangan, Kalahkan Filem Marvel – ‘Filem Kita Menjadi Tuan Di Bumi Sendiri’

Dari awal dah viral

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof, bersyukur apabila filem Mat Kilau tidak pernah berhenti daripada mencetus fenomena sejak ditayangkan.

Menerusi video di Instagram (IG), suami kepada pelakon Puteri Sarah tidak melatah dengan maklum balas penonton kerana baginya itu normal untuk pembikin filem.

Filem Mat Kilau ini sejak dari keluar trailer dah mula viral, dulu satu Malaysia jadi fenomena sampailah ditayangkan di pawagam trending dan kini dalam Netflix pula.

Komen negatif atau positif adalah lumrah dalam pembikinan sesebuah filem.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berterima kasih kepada semua orang yang telah menonton dan menyokong filem arahannya.

Saya gembira kerana anda masih lagi bercakap mengenai filem saya dan masih menonton dan menyokongnya.

Topik perdebatan

Sejak ditayangkan di Netflix, filem Mat Kilau menjadi bualan hangat di media sosial selepas penonton memberi reaksi negatif.

Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan skrip yang didakwa seperti mendengar ceramah. Selain itu, kualiti filem dan sinematografi babak aksi dikatakan kucar-kacir.

Aku rasa filem Mat Kilau sesuai tonton kat wayang saja. Kalau dekat Netflix, pening kepala.

Sinematografi babak aksi kucar-kacir. Pelakon gerak sekali, kamera goyang 10 kali. Guna tokoh sejarah untuk penceritaan tahap kartun Sabtu pagi. Dialog ibarat ceramah yang ditujukan penonton IQ rendah.

20 minit saja aku tengok filem Mat Kilau. Lepas tu tak mampu dah. Aku tengok cerita lain.

Filem yang melibatkan kos RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon Indonesia yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm

SKIP THIS AD ×