Filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof mencipta fenomena apabila Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mencapai kutipan sebanyak RM47 juta selama 11 hari ditayang di pawagam.
Artikel Berkaitan: Miliki Aset Kekayaan Cecah 22 Juta? Adi Putra; ‘Saya Hanya Meminjam Daripada Allah’
Artikel Berkaitan: Usia Dah Cecah 40an Kekal Kacak, ‘Market’ Adi Putra Naik Selepas Kejayaan Mat Kilau
Bayaran tinggi?
Pelakon Datuk Adi Putra sebagai tonggak utama mengakui menerima bayaran yang tinggi dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
Kata Adi Putra, 41, untuk mendapatkan hasil yang berkualiti semestinya perlu membuat pelaburan yang mahal.
Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan tenaga kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran.
Kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukkan yang lebih untuk mendapatkan satu kualitas yang lebih mantap dan padu.
Ditanya sekiranya ingin berkongsi jumlah bayaran yang diterima, pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim memilih untuk mengunci mulut.
Tentang berapa jumlahnya? Tak apa biar Allah saja yang tahu.
Adi Putra ditemui ketika Tayangan Amal Filem Mat Kilau anjuran Biro Media Sosial Puteri Umno Malaysia (BMS) dengan kerjasama Kretip Malaya dan Sekretariat Media & Digital Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diadakan di TGV Suria KLCC, pada Ahad.
Selain Adi, turut hadir ke majlis tersebut ialah pelakon Johan As’Ari dan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 150 ahli selain rakan artis dan pempengaruh media sosial.
Bayaran panggung & cukai hiburan
Dalam pada itu, ditanya mengenai pandangan pelakon drama Cinta Si Wedding Planner tentang isu bayaran kepada pihak panggung wayang dan cukai hiburan yang sedang hangat dibincangkan sehingga hari ini.
Tinggi atau rendah kutipan cukai itu, ia dari sudut perniagaan dan saya tak boleh sentuh.Berbalik kepada empunya. Tapi kalau nak cakap pasal hal ini, rasanya lebih baik kita naratif dari sudut positif berbanding negatif.
Ia supaya penyatuan kita ini akan mara bila kita bersama-sama ke arah kejayaan. Kritikan akan jadi isu dan itu adalah lumrah sebab kalau tak ada yang menyuarakan, mungkin tidak ada yang sedia maklum.
Tapi itulah yang kita inginkan. Keprihatinan agar ada berlaku perubahan pada masa hadapan. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Sumber: Instagram @adpadiputra