berita

Kompilasi Video Penyokong Malaysia Dibaling Batu, Kena Serang Di Stadium Gelora Bung Karno

September 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia antara Malaysia melawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Mana taknya, pertembungan antara dua negara jiran ini sering kali dinanti-nantikan.

Pasukan Indonesia yang bermain di halaman sendiri ternyata tidak dapat menandingi Harimau Malaya tenang memungut tiga mata penuh. Malaysia berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 3-2 walaupun sering kali diprovok penyokong pihak lawan.

Sumareh wira Harimau Malaya

Menerusi Berita Harian, Indonesia yang dua kali mendahului pasukan Malaysia bermula garang pada awal saingan. Namun semangat juang yang tinggi daripada anak buah Tan Cheng Hoe memberi impak apabila menang dengan aksi comeback. Mohamadou Sumareh diangkat sebagai wira negara apabila berjaya menjaringkan dua gol penting.

Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 37 oleh Sumareh apabila dia baru sahaja dibawa masuk menggantikan Hadi Azman tidak sampai 15 saat. Manakala gol kedua dijaringkan oleh Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-66. Terikat seri hingga ke akhir saingan, usaha Harimau Malaya membuah hasil melalui Sumareh sekali lagi pada minit tambahan ke-97 sekaligus menutup peluang Indonesia.

Disambut dengan balingan batu

Sebelum mulanya perlawanan, penyokong tuan rumah memulakan provokasi ke arah penyokong Malaysia dengan membaling batu.

Perlawanan tergendala

Tak cukup dengan itu, semasa perlawanan sedang berlangsung penyokong tuan rumah sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan membaling batu dari atas stadium ke arah penyokong Harimau Malaya. Permainan terpaksa diberhentikan seketika sewaktu insiden itu berlaku bagi menenangkan keadaan.

Tak puas hati kalah

Tidak dapat menerima kekalahan, segelintir penyokong tuan rumah melakukan kekerasan terhadap penyokong Harimau Malaya dengan membaling objek seperti batu dan botol air. Tidak terkecuali ada botol yang mengandungi air kencing turut dibaling ke arah penyokong Malaysia. Suasana tegang itu berjaya di rakam dan viral di laman sosial.

Nilai sendiri perangai mereka

Salah seorang penyokong Malaysia tercedera akibat insiden balingan batu dan dibawa keluar oleh pegawai bertugas.

Doakan semua selamat

Antara kekecohan yang berlaku di dalam stadium.

Mohon maaf penyokong Malaysia

Walaubagaimanapun, terdapat penyokong Indonesia yang tidak menyokong perbuatan negatif segelintir penyokong mereka dengan mengatakan tindakan itu tidak wajar. Dia turut meminta maaf kepada penyokong Malaysia atas insiden yang berlaku.

Sumber: Berita Harian, Twitter

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×