berita

Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana, Zizan Razak Harap Semua Bertenang

January 30th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi foto bersama pengacara popular Hawa Rizwana di laman Instagramnya (IG).

Artikel Berkaitan: Show Off Lengan Berotot, Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda

Artikel Berkaitan: Sebenarnya Baju Yang Saya Gayakan Itu Labuh – Hawa Rizwana Minta Maaf Pakai Seluar Ketat

Foto bersama

Menerusi hantaran itu, Zizan, 38, dilihat sedang duduk berduaan bersama Hawa yang memakai telekung berwarna merah jambu dengan kapsyen yang menarik tumpuan warganet.

Harap semua bertenang, Nanti kami akan war warkan. Kami janji.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka merestui dan mendoakan agar hubungan kedua-dua selebriti ini dibawa ke tahap yang lebih serius. Di samping itu, ada juga sebahagian rakan artis yang mengusik mereka dengan berseloroh tentang wajah yang seiras.

Komen-komen

Bagaimanapun, pelawak dan pengacara terbabit dipercayai sedang menjalani penggambaran sebuah projek seni yang melibatkan gandingan bersama.

Sumber: Zizan Razak

SKIP THIS AD ×