
Pelakon dan model berbakat, Hariz Hamdan menjelaskan tindakannya menangis ketika menerima al-Quran pada ulang tahun kelahirannya kerana merasakan dirinya bukanlah insan yang sempurna.
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Makan Hati’ Tengok Hariz Hamdan Satu ‘Frame’ Dengan Nickhun 2PM – ‘Jealous! Crush Aku Tu’
Artikel Berkaitan: ‘Hazwani Akhlaknya Baik, Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya’ – Hariz Hamdan
Bukan insan sempurna
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 24, berkata dia sudah niat untuk menghadiahkan diri sendiri senaskhah al-Quran selepas mengetahui ulang tahun kelahirannya iaitu 28 Februari jatuh pada bulan Ramadan.
Kebetulan ulang tahun kelahiran saya jatuh pada bulan Ramadan.
Selama 24 tahun, memang jarang untuk hari jadi saya jatuh pada bulan mulia ini. Jadi, saya anggap ia adalah sesuatu yang sangat istimewa buat saya.
Saya order pada awal Februari tapi penghantarannya delay. Tak tahulah mungkin kuasa Allah SWT, saya terima al-Quran itu pada tarikh hari jadi saya.
Ketika ditanya mengenai kecaman warganet yang menyatakan tindakannya menangis ketika menerima al-Quran, Hariz berkata dia hanyalah insan yang sentiasa mahu memperbaiki diri.
Tiada niat mahu menunjuk
Tambahnya lagi, perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman peribadi yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.
Saya bukan manusia yang sempurna dan saya tahu tentang perkara itu.
Walaupun kita buat baik sebanyak mana dan cuba jadi sempurna tapi akhirnya kita tahu tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ini.
Saya bukan nak tunjuk baik, cuma mahu kongsi pengalaman yang saya tidak pernah alaminya sebelum ini.
Mungkin bila ramai yang tengok mereka boleh belajar sesuatu dan sedarkan diri mereka atau ambil sebagai pengajaran.
Terdahulu, Hariz berkongsi gambarnya menangis ketika menerima al-Quran pada hari istimewanya sekali gus menjadikan ulang tahun kelahirannya pada Ramadan kali ini sesuatu yang sukar dilupakan.