berita

Kongsi Foto Romantis, Video ‘Laga Pipi’, Akhyar Rashid & Eyka Farhana Bagi ‘Hint’ Dilamun Cinta?

January 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon jelita Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kebangsaan yang sering menjadi kegilaan para gadis iaitu Akhyar Rashid.

Terbaru, persoalan mengenai hubungan mereka sekali lagi menjadi tanda tanya netizen apabila Eyka dan Akhyar masing-masing telah memuatnaik satu foto selfie mereka berdua di Insta Stories.

Bercuti bersama di pantai

Jika sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan mereka berdua sedang dilamun cinta selepas tersebarnya gambar mereka yang dikatakan sedang bercuti salah sebuah pantai. Menerusi gambar yang viral pada fahun lepas menunjukkan pasangan ini sedang bercuti bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Walaupun begitu, posisi Eyka yang seakan-akan tidak kekok apabila duduk rapat dengan Akhyar telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya mengenai status hubungan sebenar pasangan ini.

Video ‘berlaga pipi’

Selain itu juga, satu akaun Instagram yang dipercayai milik fansclub Akhyar, mereka ada memuatnaik beberapa foto yang dilihat Akhyar dan Eyka saling berpegangan tangan menghadap pantai ketika mereka sedang bercuti.

Bukan itu sahaja, aksi boomerang intim pasangan ini yang sedang berlaga pipi juga turut viral sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Video tersebut dipercayai telah dimuatnaik sendiri oleh Akhyar di laman Twitter miliknya sebelum dikongsikan semula oleh Twitter Perak Power.

Bagi ‘hint’ status hubungan

Tidak cukup dengan itu, pasangan ini sekali lagi telah menguatkan lagi andaian netizen mengenai hubungan mesra mereka apabila Eyka telah memuatnaik satu foto selfie di Insta Stories di laman Instagram rasmi milik Eyka. Akhyar kemudian telah repost semula foto yang dimuatnaik Eyka itu ke dalam Insta Stories miliknya. Tindakan pasangan ini seolah-olah memberi ‘hint’ mengenai status sebenar mereka.

Sumber: Eyka Farhana, Akhyar Rashid, Instagram, Twitter

SKIP THIS AD ×