berita

Kongsi Gambar Dalam Hospital Pun Orang Tuduh Menipu, Berlakon

December 15th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq menerusi akaun Twitternya telah memuatnaik foto selepas selamat menjalani pembedahan apendisitis. Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah juga ke hospital dan menziarahi Syed Saddiq.

Bagaimanapun, foto yang viral itu telah menjadi perdebatan dalam kalangan netizen yang mendakwa Syed Saddiq pandai berdrama dan bermain wayang bagi meraih simpati rakyat.

Pembedahan berjalan lancar

Perkongsian Syed Saddiq menerusi laman Twitter itu telah meraih lebih 3.2ribu retweet. Dia turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan sentiasa memberi kata-kata semangat buat dirinya.

Sepatutnya jadi pelakon bukan menteri

Susulan itu, tampil seorang individu mempertikaikan hingga menimbulkan spekulasi berdasarkan gambar tersebut termasuk mengapa luka pembedahan ditutup sepenuhnya? dan mengapa blood pleasure cuff dipakai kepada Menteri Belia dan Sukan itu?

Aku tak percaya sangat

Wayang!

Tidak hanya tamat disitu sahaja, tweet dari individu ini juga mendapat respon dari seorang ahli perubatan yang tampil mempertikaikan kenyataan netizen.

Dia tahu size luka tu berapa?

Buat fitnah melalui tweet

Rata-rata menyifatkan perdebatan di media sosial seperti ini sengaja untuk dipolitikkan. Ahli perubatan ini turut menasihati orang ramai agar tidak mudah untuk membuat sebarang spekulasi sehingga dapat mencetuskan fitnah.

Sumber: HausofHilton, OfficialSolehin

SKIP THIS AD ×