berita

Kongsi Gambar Kahwin ‘Tipu-Tipu’, Jangkaan Netizen Nabila Razali Nak Keluarkan Lagu Baru Tepat

December 1st, 2022 | by Wani
Kini Trending

Tindakan Nabila Razali memadam semua foto di laman Instagramnya dan digantikan dengan gambar yang kelihatan seperti menggayakan baju pengantin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun, ramai yang sudah dapat meneka ianya mungkin gimik untuk lagu terbaru penyanyi berusia 30 tahun itu.

Artikel Berkaitan: Kongsi Suasana Majlis Perkahwinan Dengan Nama ‘NR & MK’, Nabila Razali Kahwin Senyap-Senyap? 

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Suara Nabila Razali Nyanyi Lagu ‘My Heart’, Siap Minta Rakam Semula Versi Baru Dengan Khai Bahar 

Artikel Berkaitan: Elak Kecaman Peminat, Nabila Razali Minta Izin Ibu Sebelum ‘Upload’ Gambar 

Menyanyi ‘Live’

@ohbulanofficial

Replying to @YouKnowWho ? Betul la tekaan korang. Pastu abang pakai cap tu kacau la, min baru nak feeling masa Nabila tarik ? #ohbulan #fyp #viral #nabilarazali #mkkclique #mv

? original sound – Ohbulan – Ohbulan

Ketika ditemui Ohbulan!, Nabila menyatakan Single terbaru yang berjudul ‘Aku Terluka’ ini berkait rapat dengan lagu sebelumnya, ‘Peluang Kedua’. Single ini merupakan hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF.

Saya kembali dengan Single terbaru yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua. Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan segalanya ada di dalam Single terbaru saya, Aku Terluka.

Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini.

Sementara itu, Nabila sempat menyanyikan Single terbarunya ‘Aku Terluka’ secara ‘live’ ketika sidang media yang diadakan di Pejabat Universal Music, semalam.

‘Bukan gimik tapi Teaser’

Rentetan daripada isu yang hangat diperkatakan, Nabila menjawab spekulasi netizen yang menggangap dirinya sentiasa melalukan ‘gimik’ setiap kali muncul dengan lagu baru.

Pada saya, ramai yang keliru di antara gimik dan teaser. Apa yang saya muat naik di media sosial itu adalah teaser untuk orang di luar sana.

Sebagai seorang yang berkerja dalam industri kreatif, tidak menarik untuk kami terus keluarkan lagu begitu saja.

Single terbaru penyanyi 30 tahun itu sekali lagi menampilkan pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique bagi meneruskan jalan cerita untuk lagu Peluang Kedua. Tambah Nabila, dia memilih MK kerana sambutan luar biasa yang diperoleh terhadap lagu dan muzik video Peluang Kedua.

Muzik video ‘Aku Terluka’ telah dilancarkan di saluran Youtube Nabila Razali Entertaiment pada malam tadi. Para peminat dan pendengar boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube Music bermula 7 Disember ini.

SKIP THIS AD ×