berita

Kongsi Ikrar Raya Anda Macam Hafizh Syahrin, Red Bull Nak Sponsor Korang Buat Open House!

May 17th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Setiap kali menjelang Ramadan atau Raya, korang mesti berazam nak buat sesuatu yang best. Ada yang berjanji nak kurus, ada yang simpan angan-angan nak jadi lagi rajin dan tak kurang ada yang berikrar nak jadi seorang yang lebih berjimat-cermat. Macam pelumba MotoGP negara kita Hafizh Syahrin, beliau berikrar untuk pulang setelah 3 tahun Beraya di perantauan untuk berlumba.

Tapi itulah, kadang-kadang ikrar korang tu tinggal angan-angan je. Yelah, bila dah takda langsung pembakar semangat, semua failed. So, kali ni admin nak share dengan korang cara yang paling best untuk korang pastikan azam tahun ini terlaksana dengan jayanya! Boleh dapat hadiah best pulak tu!

Kongsi ikrar Ramadan atau Raya korang & menang!

Kongsi ikrar? Menang hadiah?

Haaa… Excited la tu. Sabar.. Sabar. Sebenarnya ni salah satu pembakar semangat yang admin maksudkan tadi. Kalau korang nak tahu, bermula 1 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019, Red Bull dengan kerjasama Touch ‘n Go eWallet mengalu-alukan korang untuk kongsi ikrar Ramadan atau Raya korang melalui kempen Red Bull My Raya Pledge.

Apa yang best ialah ikrar yang paling menarik dan kreatif berpeluang memenangi hadiah macam admin list kan kat bawah ni dan mereka yang sudah mempunyai akaun Touch ‘n Go eWallet akan mempunyai 3 kali ganda peluang untuk memenangi hadiah mingguan.

1. HADIAH UTAMA (1x Pemenang)

Ini bukan hadiah biasa-biasa tau. Kalau korang terpilih dan menang hadiah utama ni, korang berpeluang untuk buat rumah terbuka secara percuma je. Pendek kata kos seperti sewaan lokasi majlis, katering dan acara hiburan ditanggung sepenuhnya oleh penaja.

Dan admin difahamkan kalau korang nak buat event lain selain rumah terbuka pun boleh. Birthday party? Majlis bertunang? Semua boleh! Asalkan, majlis korang kena ikut syarat-syarat berikut:

  • Jumlah tetamu jemputan: 250 orang saja
  • Tarikh acara/majlis: mestilah sebelum 1 Jun 2020

2. HADIAH MINGGUAN (10x Pemenang setiap minggu)

Haaa… bukan setakat hadiah utama je! Setiap minggu pun ada 10 pemenang lain yang akan dipilih untuk dapat macam-macam hadiah menarik selama lebih kurang 8 minggu. Ini antara hadiah yang korang berpeluang dapat kalau korang turut serta kongsi ikrar tu nanti. Buat yang terbaik tau!

5 pemenang terbaik

  • Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Red Bull RM50
  • Pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200
  • Pek 4 Red Bull Eropah

5 pemenang seterusnya

  • Baucar petrol (RM100)
  • Pek 4 Red Bull Eropah

*Tertakluk kepada terma & syarat

Cara nak join ikrar Ramadan atau raya bersama Red Bull

Kalau korang nak ikut serta ikrar ini, korang kena beli satu tin sebarang Produk Minuman Tenaga Red Bull Eropah (bukan tin yang berwarna EMAS tu ya!) dan simpan resit asal sebagai bukti pembelian.

Kemudian, pergi ke laman sesawang redbull.my/myrayapledge dan ikuti langkah-langkah mudah macam kat bawah ni:

Langkah 1: Hasilkan avatar atau kartun Raya peribadi korang.
Langkah 2: Kongsi ikrar Raya atau Ramadan korang dengan cara yang paling kreatif.
Langkah 3: Sertakan nama, e-mel dan nombor telefon bimbit korang.

Paling syok, korang dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat, setiap penyertaan mestilah disertai bukti pembelian berasingan sebelum penyertaan dihantar. Eh… Jap! Korang jugak boleh beli minuman tenaga Red Bull dekat Lazada tau sebab kalau beli kat situ korang akan dapat Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Red Bull secara percuma!

*Selagi stok masih ada

Tengah fikir apa ikrar yang sesuai untuk join sekali ke tu? Hehe. Jangan fikir lama-lama sangat tau, better pergi beli minuman tenaga Red Bull produk dari Eropah siap-siap dulu. Beli awal tak kalut. Simpan resit dan terus hantar penyertaan kat redbull.my/myrayapledge. Mana tahu untung-untung korang terpilih jadi pemenang, boleh la jemput admin pergi rumah terbuka korang tu nanti.

Kami daripada team OHBULAN! dan Red Bull mengucapkan Selamat Berpuasa, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Mencuba! Sebarang maklumat lanjut tentang ikrar Ramadan & Raya ini, korang boleh layari laman sesawang Red Bull!

SKIP THIS AD ×