Pada tahun lalu, impian aktres dan pengacara, Nabila Huda untuk memiliki cahaya mata belum termakbul apabila keguguran buat kali kedua.
Artikel Berkaitan: ‘I Kesian Dekat My Husband’ – Nabila Huda Keguguran Kali Kedua
Bawa watak ibu hamil
View this post on Instagram
Terbaru, perkongsian Nabila atau lebih mesra disapa Abil di Instagram (IG) telah menarik perhatian pengguna media sosial. Abil, 36, memuat naik satu rakaman video dirinya memegang watak menjadi ibu hamil.
Salah satu tuntutan babak yang perlu dilakukan adalah imbasan ultrabunyi kandungan. Dalam kapsyen posting tersebut, Abil sempat bergurau dengan suami tercinta, Mohd Izwan Johar.
Alhamdulillah @kidweebee !! Jadi lah eh tipu-tipu..
Mana tau jadi kenyataan nanti
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata semangat kepada pemilik nama Nabila Huda Suhaimi.
Wargamaya tidak putus mendoakan agar pasangan ini diberi rezeki untuk mendapat cahaya mata.
Sebelum ini, Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2019 menyatakan keinginannya memiliki cahaya mata kedua cukup menebal dalam diri. Malah katanya sambil menitiskan air mata, dia berasa kesian dengan suaminya yang sudah agak lama menunggu untuk memiliki anak sendiri.
Sekadar info, Nabila dan Izwan diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015. Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun.
Sumber: Instagram @kupu_kupu