Suami kepada pelakon Fasha Sandha iaitu aktor Aidil Aziz menyambut ulang tahun kelahiran ke-36, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tunaikan Hasrat Suami Ingin Anak Lelaki – ‘Mungkin Guna Proses IUI Atau IVF’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Nafi Makin Seksi Selepas Kurus -‘Saya Pakai Baju Lama’
Doa cepat kahwin
Apa yang menariknya, Aidil turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bekas suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau mesra dengan sapaan Jejai.
Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, menyampaikan ucapan hari lahir kepada Jejai dengan menitipkan doa agar dia segera dipertemukan jodoh.
Happy birthday mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami (isteri) baru. Supaya anak-anak mandi awal setiap hari, jangan marah ya. Sebab dah tua kalau marah bertambah tuanya. Tapi tak nampak pun tua.
Dalam masa sama, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada Jejai kerana memberi keizinan untuk anak-anak mereka meraikan ulang tahun Aidil pada Selasa.
Kebetulan pula sama tarikh hari lahir dengan Aidil. Terima kasih sebab bagi anak-anak sambut ulang tahun Aidil. Hari ini (Rabu) sambut dengan awak pula.
Untuk rekod, Fasha dan Aidil bergelar suami isteri pada Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Sebelum itu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka bernama Jejai pada April 2012 sebelum disahkan bercerai pada Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8.
Sumber: Instagram