Pelakon Fasha Sandha menafikan dakwaan yang mengatakan dia semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Berdebar Berlakon Dengan Erra Fazira -‘Di Bangku Sekolah, Nama Dia Aku Jerit Dalam TV’
Artikel Berkaitan: Netizen Bergaduh Sesama Sendiri Lihat Fasha Sandha Pakai Crop Top -‘Walau Pakai Inner, Tetap Haram’
Tak show off
Ketika ditemui OhBulan!, Fasha berkata dia tiada niat untuk tampil seksi, sebaliknya hanya menggayakan semula pakaian lama miliknya yang masih disimpan sejak beberapa tahun lalu.
Malah, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berpendapat maksud seksi adalah subjektif.
Saya tak show off (menunjuk) pun yang saya dah kurus atau bangga kepada orang ramai. Mungkin orang nampak sebegitu sebab saya dah mula pakai baju-baju lama ketika badan saya bersaiz kecil. Mereka ada yang kata saya dah berubah bila kurus, tidak begitu.
Seksi pada saya adalah perkara yang subjektif, mungkin bila pakai baju kurung dan bertudung pun boleh dikategori sebagai seksi. Contoh Rozita Che Wan, dia kelihatan seksi. Tidak semestinya tunjuk kulit baru nampak seksi.
Malah, posting yang orang kata nampak kulit saya sebenarnya itu adalah inner warna kulit. Saya tidak perlu nak beri penjelasan yang panjang, orang boleh fikir.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran jenama Berryfull yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Walau bagaimanapun jelas Fasha, dia tidak mengambil hati dengan komen nakal netizen, sebaliknya berterima kasih kepada mereka.
Apa pun, saya amat berterima kasih kepada netizen yang mengambil berat tentang saya. Mereka juga diperlukan, kalau tiada orang kecam dunia ini akan jadi bosan.
Netizen hanya menjalankan tugas mereka. Dikecam bukan beerti dibenci tetapi disayangi. Kecaman buatkan saya menjadi seseorang yang lebih baik.
Turun 18 kg
Sementara itu, Fasha menyifatkan pelantikannya sebagai duta Berryfull bukan sekadar rezeki buat dirinya, tetapi juga untuk peminat yang mempunyai masalah untuk turunkan berat badan.
Sebelum ini saya juga mengalami masalah penurunan berat badan dan bukan senang nak turunkan berat, tambah pula saya dikritik segelintir netizen kerana bertubuh besar.
Dan apabila dilamar menjadi duta sesebuah produk, mestilah saya nak cuba dulu kan, sebab peminat akan percaya setiap tips atau perkongsian kesihatan saya.
Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menggunakan Berryfull, saya dapat lihat perubahan diri saya. Dan sekarang, saya sudah berjaya menurunkan 18 kilogram.
Kehadiran Fasha sebagai duta produk Berryfull ternyata memberi tuah buat jenama Inayah Beauty apabila berjaya meraih jualan paling tinggi iaitu lebih 400,000 jar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, secara tidak langsung, kutipan jualan kasar hampir mencecah RM20 juta dalam tempoh tidak sampai setahun aktres itu menjadi duta Berryfull.
Tambah Dini, kerana kepercayaan orang ramai terhadap Berryfull juga, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengubah pembungkusan Berryfull dari semasa ke semasa bagi mengelakkan peniruan produk daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Inayah Beauty membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran kurus 1kg dapat RM1000 dan tempoh cabaran itu bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos depan.
Video
@ohbulanofficial Min setuju! Seksi itu subjektif????#ohbulan #fyp #news #fashasandha ? Tak Segampang Itu Band Version by Reza Zulfikar – Reza Zulfikar