berita

Konsert : Anuar Zain Hadiahkan Peminat Bunga Ros

February 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Anuar Zain

Sabtu lalu telah berlangsungnya konsert terbesar Anuar Zain iaitu Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Konsert yang dibanjiri hampir 6,000 penonton ini merupakan konsert pertama buat Anuar Zain dan pastinya ia merupakan pengalaman yang cukup bermakna buat penyanyi ini apabila ada peminat yang sanggup datang dari Brunei semata-mata untuk menyaksikan persembahannya pada malam tersebut.

Sepanjang konsert berlangsung, Anuar Zain telah mempersembahkan 20 buah lagu, antaranya adalah Bila Resah, Mungkinkah, Ajari Aku, Keabadian Cinta, Perpisahan, Cinta Harus Memiliki, Sesuci Cintamu serta Sedetik Lebih.

Pada malam konsert yang penuh bermakna ini, Anuar sempat membaling beberapa kuntum bunga ros merah kepada peminat-peminatnya dan penyanyi ini turut mengenakan tiga kali persalinan busana dengan gaya yang cukup klasik, di mana dia telah menggayakan dua pasang sut rona hitam lengkap serta sepasang sut rona velvet.

Nampaknya ramai juga selebriti yang hadir bagi menyaksikan konsert ini, antaranya adalah Farah Fauzana, Datuk Rahim Razali, Mamat Sepah, Hafiz Suip serta kakak penyanyi ini sendiri, Ziana Zain.

Untuk makluman, konsert ini telah dipimpin oleh pengarah muzik yang tidak asing lagi iaitu Mac Chew dan persembahan Anuar turut diiringi dengan 26 ahli muzik profesional serta empat orang penyanyi latar.

Dalam pada itu, konsert tersebut turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas Nora Danish serta empat orang penyanyi bersuara emas iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir serta Elvira.