Penangan band terkenal antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) terbukti hebat apabila penjualan tiket bagi hari pertama konsert mereka di Malaysia habis terjual dalam masa hanya 90 minit pada 11 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: My Chemical Romance Kembali Gegarkan Malaysia Selepas Hampir Dua Dekad!

Tambah malam kedua

Perkara ini sudah tentu membuatkan ramai peminat yang tidak berpeluang membeli tiket berasa kecewa.

Sehubungan dengan itu, Hello Universe selaku penganjur konsert dengan bangganya mengumumkan bahawa MCR bakal menambah hari kedua demi memenuhi permintaan peminat.

Untuk malam yang kedua itu nanti, konsert tersebut bakal berlangsung pada hari Jumaat, 1 Mei 2026 di Stadium Bukit Jalil sekaligus menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang menjadi tuan rumah kepada dua malam persembahan berturut-turut di Asia Tenggara.

Selain Malaysia, MCR turut mengadakan konsert di Incheon (Korea Selatan), Bangkok (Thailand), Bulacan (Filipina), Singapura dan Jakarta (Indonesia).

Dengan jangkaan kehadiran seramai 120,000 peminat secara keseluruhan, Kuala Lumpur kini menjadi tuan rumah kepada persembahan stadium terbesar MCR di rantau ini.

Tiket bakal dijual Ogos ini!

Untuk info, kali terakhir MCR menjejakkan kaki ke Malaysia ialah pada 9 Disember 2007, ketika mereka menggegarkan Stadium Merdeka dalam konsert epik The Black Parade Tour, yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peminat.

MCR ditubuhkan pada tahun 2001 oleh vokalis dan penulis lagu utama Gerard Way, MCR turut dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero, dan Mikey Way. 

Antara lagu ikonik MCR ialah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You, dan I’m Not Okay (I Promise).

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton konsert malam kedua MCR bertempat di Bukit Jalil pada 30 April dan 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket konsert My Chemical Romance boleh dibeli bermula 1 Ogos 2025 pada jam 10 pagi di www.golive-asia.com / GoLive Ticketing App

  • Zon E – RM299
  • Zon D – RM399
  • Zon C – RM499
  • Zon B – RM599
  • Zon A – RM699
  • Helena (Tempat Duduk) – RM1,099
  • I’m Not Okay (Berdiri) – RM599
  • I Don’t Love You (Kemasukan Awal) – RM799