Selepas kejayaan konsert yang berlangsung selama empat hari sebelum ini, kumpulan KRU sekali lagi menunaikan impian peminat dengan mengadakan Konsert The Finale: One More Time berskala besar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records – ‘Pencapaian Ini Sebuah Apresiasi Buat Peminat’

Artikel Berkaitan: KRU Jadi Fenomena, Elite & Adam AF Buat Kejutan Untuk Lebih 11,000 Penonton

Konsert lagi

Dijadualkan berlangsung pada 22 November, konsert KRU pada kali ini akan diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Ketika ditemui OhBulan!, penganjur acara Icon Entertainment, Iman Tang akan mengetengahkan konsep serta formasi yang berbeza selain menjangkakan kehadiran kira-kira 12,000 peminat.

Memang ramai yang minta untuk kami bawa ke negeri lain termasuk jelajah untuk konsert GenKRU. Tapi, kami fikir sukar untuk bawa ke luar selain Kuala Lumpur kerana mengambil kira faktor harga tiket dan nilai produksi.

Harga tiket akan dikurangkan sedikit, tetapi kami tambah nilai pada aspek produksi

Saya suka Stadium Hoki Nasional dan kami mahu cuba di venue terbuka ‘outdoor’ kerana lebih banyak idea boleh dibuatkan.

Mungkin kalau ada rezeki dan semua sihat kita akan pergi ke venue lebih besar selepas ini.

Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert The Finale: One More Time yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, salah seorang anggota KRU iaitu Datuk Norman Abdul Halim berkata mereka ingin tampil dengan kelainan menerusi persembahan yang akan diadakan di lokasi terbuka.

GenKRU kali ini boleh diibaratkan sebagai ‘re-imagine’ daripada lokasi tertutup ke lokasi terbuka, dengan skala yang lebih besar berbanding GenKRU di Axiata Arena sebelum ini.

Kami benar-benar berhasrat untuk ‘raise the bar’. Ia satu penghormatan besar bagi kami dapat mengadakan konsert di lokasi ini.

Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 3 Oktober 2025 pada pukul 2 petang. Harga tiket bermula RM188 hingga RM558.

Sebelum ini, KRU mencipta gelombang fenomena dengan konsert GenKRU yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil.