berita

Konsert “Spector – Live In Malaysia”

October 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Buat pertama kalinya, pihak Universal Music Malaysia telah bekerjasama dengan sebuah jenama pakaian terkenal, TOPMAN bagi menampilkan konsert ‘Spector – LIVE DI MALAYSIA’ pada 6 Oktober lalu, bertempat di STAGE Club, Avenue K, Kuala Lumpur.

Kumpulan Spector ini merupakan sebuah kumpulan anak muda yang berasal dari UK dan ia terdiri daripada lima orang ahli iaitu, Frederick Macpherson (vocalist previously of Les Incompétents & Ox.Eagle.Lion.Man), Christopher Burman (gitar), Thomas Shickle (bass), Jed Cullen (synth, guitar) dan Danny Blandy (dram).

Kumpulan yang terkenal dengan lagu bergenre Indie-rock ini telah menampilkan lima buah lagu popular mereka seperti ‘Chevy Thunder’, ‘Never Fade Away’, ‘Celestine’, dan sebuah album debut mereka ‘Enjoy It While It Lasts.’

Konsert ini telah dimeriahkan lagi dengan muzik pembukaan oleh Twilight Action Girl (TAG) dengan beberapa buah lagu yang sungguh menarik. Disamping itu, pihak penganjur turut membuka peluang untuk para peminat mendapatkan album kumpulan Spector sendiri, ‘Enjoy It While It Lasts’ dengan harga serendah RM45.

Jom layan lagu Spector, berjudul ‘Never Fade Away’ sewaktu konsert Summer Six bulan Mei lalu :

SKIP THIS AD ×