berita

Kontrak Shuk Sebagai Penyampai Radio Hot FM Ditamatkan

February 18th, 2021 | by Wan
Isu & Kontroversi

Susulan daripada penggantungan perkhidmatan penyampai radio Hot FM, Shuk, pihak pengurusan stesen radio Hot FM hari ini mengumumkan bahawa kontrak perkhidmatan beliau atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar ditamatkan serta merta.

Artikel Berkaitan: Terpalit Isu Curang, Shuk Digantung Tugas Penyampai Radio Hot FM

Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung buat sementara pada 24 Januari lalu untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu beliau yang tular di media sosial.

Pelanggaran terma perjanjian

Hasil daripada siasatan dalaman yang dijalankan, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan bahawa kontrak perkhidmatan Shuk ditamatkan kerana beliau didapati melanggar kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM. Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Puan Anida Mohd Tahrim berkata terdapat pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk.

Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini, selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk, seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan beliau sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini.

Pihak pengurusan Hot FM turut mengumumkan segmen Geng Pagi Hot (GPH) telah tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam. “Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam. Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.

SKIP THIS AD ×